TEMERLOH – Siput gondang biasanya dikaitkan sebagai perosak tanaman padi yang menyebabkan pesawah mengalami kerugian jika tanaman mereka diserang makhluk perosak ini. Keadaan ini, bagaimanapun berbeza sama sekali buat nelayan sungai, Safri Mohamed 45, yang memperoleh sumber pendapatan sampingan dengan menjual siput gondang yang dikatakan mampu dijadikan penawar pelbagai penyakit. Beliau yang menetap di Kampung Bolok Hilir, Lanchang di sini mampu