Saturday, March 25, 2023
22.9 C
Brunei

-

Siri jerayawara BILIF diteruskan

Gambar serahan BILIF

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS – Institut Kepimpinan dan Kewangan Islam Brunei (BILIF), baru-baru ini, telah meneruskan lagi siri jerayawara untuk memberigakan mengenai penjenamaannya selain program dan acara-acaranya di dua kementerian kerajaan dan sebuah institusi kewangan.

Pada 5 Ogos lalu, jerayawara telah diadakan bagi pegawai-pegawai Kementerian Pembangunan yang berlangsung di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan, pada 14 Julai pula di Dewan Utama, Kementerian Pendidikan manakala itu pada 23 Julai di Ibu Pejabat Bank Standard Chartered (StanChart) di ibu negara.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, jerayawara tersebut telah diisikan dengan pengenalan mengenai BILIF dan program-program khas iaitu Leadership in Islamic Finance and Economics (LIFE), Fiqh Mua’malat Professional Programme (FMPP) dan Young Executive Leadership Programme (YELP).

Taklimat mengenai program pengurusan konflik turut disampaikan semasa jerayawara berkenaan.

Kenyataan menyatakan, program-program dan acara-acara yang dianjurkan oleh BILIF bertujuan untuk meningkatkan kemahiran sumber tenaga manusia, bukan sahaja di dalam industri kewangan, malahan juga di sektor awam dan swasta.

Ditubuhkan pada 2010, BILIF yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Perbankan, Kewangan dan Pengurusan Islam (CIBFM), ialah institusi latihan di bawah Bank Pusat Brunei Darussalam (BDCB) yang menawarkan program pembelajaran dan latihan berkualiti tinggi serta menganjurkan seminar signature dan acara kolaborasi dalam bidang kewangan Islam dan kepimpinan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai BILIF, orang ramai bolehlah melayari laman web BILIF di www.BILIF.com.bn, dan akaun Instagram BILIF, @BILIF.bn.

Antara kakitangan Kementerian Pembangunan semasa menghadiri jerayawara anjuran BILIF yang berlangsung di Dewan Betabur.
Sebahagian warga Kementerian Pendidikan mengambil bahagian dalam acara yang bertempat di Dewan Utama, Kementerian Pendidikan.
Antara yang hadir pada program khas semasa jerayawara di Ibu Pejabat Bank StanChart di ibu negara.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -