Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Siri letupan dilaporkan di Kyiv

    MOSCOW, 17 OKT – Dua letupan mengegarkan daerah Shevchenkivskyi hari ini, sejurus selepas amaran serangan udara dikeluarkan di Ukraine, kata Datuk Bandar Kyiv Vitali Klitschko menerusi hantaran di Telegram.

    Menurut media tempatan, setakat 6:15 waktu tempatan hari ini (03:15 GMT) amaran serangan udara dikeluarkan di wilayah Zhytomyr, Vinnytsia, Cherkasy, Kirovohrad, Mykolaiv dan Odesa.

    Kawasan infrastruktur penting di wilayah Sumy dan Dnipropetrovsk turut menjadi sasaran, menurut pihak berkuasa wilayah.

    Kebakaran dilaporkan merebak di tapak infrastruktur tenaga di wilayah Dnipropetrovsk selepas kejadian itu.

    Beberapa wilayah di Ukraine termasuk bandar Mykolaiv dan Odesa turut diserang kelmarin.

    Kementerian Pertahanan Rusia kelmarin memaklumkan tenteranya menyasarkan kemudahan tenaga Ukraine dan hab komando tentera menggunakan peluru berpandu berketepatan tinggi.

    Serangan tepat terhadap infrastruktur Ukraine dilakukan sepanjang minggu lalu.Baru-baru ini, pengendali kuasa Ukraine Ukrenergo memaklumkan infrastruktur tenaga di rantau Kyiv telah rosak akibat serangan peluru berpandu.

    Sebelum ini, Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu Majlis Keselamatan Rusia bahawa Moscow melakukan serangan balas menggunakan peluru berpandu berketepatan tinggi yang menyasarkan infrastruktur Ukraine sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas kemudahan awam Rusia.

    Pada 8 Oktober, Putin mengecam pengeboman Jambatan Selat Kerch juga dikenali sebagai Jambatan Crimea. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...