Sunday, February 23, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siri Oppo Reno 11 dilancarkan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Secara rasminya, Vicom Enterprise selaku pengedar rasmi telefon jenama Oppo dengan kerjasama Digital World Enterprise telah melancarkan siri Oppo Reno 11 di Bilik Pameran Digital World Enterprise, Gadong, kelmarin.

    Kehadiran peranti baharu siri Reno 11 itu merupakan kesinambungan untuk siri Reno 10 sebelum ini yang juga berpotensi mampu mencipta pengalaman lebih baik.

    Majlis juga menyaksikan dua model berbeza diperkenalkan iaitu Oppo Reno 11 Pro dan Oppo Reno 11 5G.

    Pengurus Wilayah OPPO Brunei, Marius Cheong dan pakar produk Benny Chong ketika memperkenalkan telefon tersebut menyatakan bahawa Siri Oppo Reno11 terkenal dengan sistem kameranya, iaitu kamera utama 50 megapiksel (MP), kamera telefoto 32MP dan kamera sudut ultra lebar 8MP serta portrait expert engine bagi imej yang jelas, pencahayaan seperti hidup dan tona kulit dan warna kulit semula jadi.

    Turut hadir bagi menyaksikan pelancaran berkenaan ialah Pengurus Besar Vicom Enterprise, Kevin Lim dan Pengurus Besar Digital World, JD Foo.

    Marius Cheong memberikan penerangan mengenai peranti terbaharu, siri Oppo Reno 11. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Orang ramai yang hadir melihat dengan lebih dekat telefon baharu tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Para pengurus dari Vicom Enterprise dan Digital World Enterprise bergambar ramai. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda