HBO telah memulakan produksi unutk terbitkan adaptasi siri TV Harry Potter yang dinanti-nantikan dan turut mendedahkan wajah watak utama dalam siri tersebut baru-baru ini.
Foto yang dikeluarkan oleh HBO menunjukkan Dominic McLaughlin sebagai Harry Potter dengan cermin mata bulat, mempunyai parut kilat di dahi dan berpakaian seragam Hogwarts yang sedikit berbeza dengan kostum ikonik dipakai Daniel Radcliffe dalam siri filem terdahulu.
Siri berkenaan telah memulakan penggambaran di Warner Bros Studios Leavesden di United Kingdom dan dijangka ditayang pada 2027.
Adaptasi siri baharu itu akan diterbitkan hampir 14 tahun selepas adaptasi filem terakhir daripada buku J.K. Rowling Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 yang telah dikeluarkan di pawagam.
Selain kepada filem blockbuster, kisah popular tersebut juga memberi inspirasi kepada pementasan teater Broadway, permainan video dan taman tema sejak 28 tahun lalu.
Siri baharu itu akan menjadi, “adaptasi buku Harry Potter yang digemari,” dan “akan menampilkan barisan pelakon yang hebat dan berbakat, penuh dengan perincian yang hebat dan watak yang sangat digemari peminat Harry Potter selama lebih 25 tahun,” menurut kenyataan penerbit. – AP
