Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sisa pisang ditukar jadi produk nilai tambah di Myanmar

    YANGON, 28 OGOS – Sisa pisang di Myanmar sedang diubah menjadi produk nilai tambah, menjana pendapatan tambahan untuk petani-petani tempatan dan mewujudkan peluang perniagaan baharu, lapor Radio dan Televisyen Myanmar (MRTV) rasmi hari ini.

    Bahan mentah untuk produk nilai tambah berkenaan kebanyakannya diperoleh dari wilayah Ayeyarwady, Mandalay dan Bago, di mana pisang ditanam kebanyakannya, kata laporan itu.

    Kursus-kursus asas dan lanjutan untuk menukarkan sisa pisang kepada produk nilai tambah sedang dijalankan di wilayah-wilayah dan negeri Bago, Ayeyarwady, Shan, Mandalay dan Yangon, kata laporan itu. Produk berasaskan pisang itu termasuk selipar, tikar, tuala dan beg, katanya.

    Laporan itu memetik U Myint Thein, pengasas Green Banana Myanmar, sebagai berkata penggunaan produk berasaskan pisang, tidak seperti plastik, tidak mempunyai kesan negatif terhadap alam sekitar.

    Program kesedaran mengenai faedah penanaman pisang, termasuk potensi menjual batang pisang untuk pendapatan tambahan, juga sedang dijalankan di seluruh negara, kata laporan itu. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda