HANOI, 21 FEB – Pelancongan boleh menyebabkan lonjakan sisa plastik tiga kali ganda kepada 340,000 tan menjelang 2030 di Vietnam, lapor media tempatan hari ini, memetik laporan daripada Institut Penyelidikan Pembangunan Pelancongan negara itu.
Sebelum wabak COVID, 85 juta pelancong domestik membuang hampir 61,000 tan sisa plastik setiap tahun, manakala 18 juta pelancong antarabangsa meninggalkan 55,200 tan, menghasilkan sejumlah 116,200 tan, kata institut pelancongan itu.
“Jika tiada tindakan diambil untuk menangani masalah itu, jumlah sisa plastik yang disebabkan oleh aktiviti pelancongan akan meningkat tiga kali ganda menjelang 2030,” kata Nguyen Anh Tuan, pengarah institut itu. “Ini akan memberi tekanan besar kepada alam sekitar,” tambahnya. – Xinhua