Saturday, December 7, 2024
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sistem amaran awal penting ketika dunia sambut Hari Kesedaran Tsunami

    NEW YORK, 7 NOV – Ketika dunia menyambut Hari Kesedaran Tsunami kelmarin, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menekankan kepentingan sistem amaran awal.

    Menurut agensi berita emiriah, WAM, ini amat penting kerana bencana terkini seperti banjir yang dahsyat di Sepanyol menunjukkan impak yang semakin besar akibat cuaca ekstrem.

    “Tahun ini menandakan ulang tahun ke-20 Tsunami Lautan Hindi salah satu bencana paling dahsyat dalam sejarah terkini. Lebih daripada 230,000 orang kehilangan nyawa,” kata Guterres dalam mesejnya sempena hari berkenaan.

    Beliau menekankan bahawa kira-kira 700 juta orang di seluruh dunia berisiko menghadapi tsunami dan perlindungan terbaik datang melalui inisiatif Amaran Awal untuk Semua oleh PBB yang bertujuan memastikan akses sejagat kepada sistem amaran yang menyelamatkan nyawa.

    Walaupun tsunami jarang berlaku, Pejabat PBB bagi Pengurangan Risiko Bencana (UNDRR) melaporkan bahawa ia adalah antara bencana semula jadi paling membawa maut di dunia.

    Gelombang tsunami yang kuat ini biasanya dicetuskan oleh gempa bumi bawah laut, letusan gunung berapi atau tanah runtuh, telah menyebabkan lebih daripada 260,000 kematian dalam tempoh satu abad yang lepas, dengan kerugian ekonomi melebihi AS$280 bilion. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda