Tuesday, May 30, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Sistem amaran bencana mampu elak kematian

    GENEVA, 22 MEI – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa semua negara di seluruh dunia untuk merancang sistem penggera amaran awal menjelang tahun 2027 sebagai usaha mengelak kematian akibat bencana yang berlaku.

    Ini berikutan dilaporkan kejadian bencana alam berkaitan cuaca melonjak sejak 50 tahun lalu hingga menyebabkan kerosakan ekonomi yang teruk.

    Cuaca melampau, iklim dan kejadian berkaitan air mencetuskan 11,778 bencana yang dilaporkan berlaku antara tahun 1970 dan 2021, angka baharu daripada Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) PBB.

    Bencana itu mengorbankan lebih dua juta orang dan menyebabkan kerugian ekonomi sebanyak AS$4.3 trilion.

    Malah, laporan itu mendapati lebih 90 peratus kematian yang dilaporkan di seluruh dunia akibat bencana dalam tempoh 51 tahun berlaku di negara membangun.

    Ketua WMO, Petteri Taalas, berkata komuniti adalah golongan paling terdedah menanggung beban cuaca, iklim dan bahaya berkaitan air.

    “Sistem amaran awal yang lebih baik dan pengurusan bencana yang diselaraskan dilihat berjaya mengurangkan jumlah korban manusia dengan ketara,” katanya. – AFP

    Gambar fail menunjukkan jalan raya dibanjiri di Villa Paranacito, Entre Rios, Argentina. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China sedia hantar orang awam pertama ke angkasa lepas

    CHINA, 29 MEI - China akan menghantar angkasawan awam pertamanya ke angkasa lepas sebagai sebahagian daripada misi kru ke stesen angkasa Tiangong, esok, ketika...
    - Advertisment -