DHAWALPUR – Di hutan kering di bahagian tengah India, para penjejak komuniti mencari tanda-tanda kehadiran gajah untuk dimasukkan ke dalam sistem amaran yang kini membantu mencegah ratusan insiden pemijakan maut setiap tahun. Kedengaran bunyi tapak kaki yang menghancurkan daun-daun kering ketika Bhuvan Yadav, yang bangga memakai baju-T bertulis ‘rakan gajah’, mencari petunjuk seperti tapak kaki,

