BEIJING, 30 Dis – Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional China telah memulakan percubaan untuk sistem baharu yang menyediakan jumlah penonton berdasarkan data besar dan menghalang angka tontonan palsu.
Dicipta sejak tahun 2016, sistem baharu itu akan menentukan jumlah penonton dengan mengumpul data secara langsung daripada pembekal perkhidmatan TV kabel, menurut pentadbiran.
Setakat ini, sistem itu telah mengumpul data daripada kira-kira 40 juta penonton TV termasuk angka tontonan untuk program secara langsung, tontonan pada bila-bila masa dan program TV lain, dan dijangka merangkumi beratus juta orang pada masa akan datang, menurut Yu Ying, pegawai bagi pentadbiran itu.
Ia dianggap sebagai satu peningkatan besar berbanding sistem lama, yang berdasarkan tinjauan dengan jumlah sampel terhad dan penuh dengan data jumlah penonton yang palsu.
“Dalam tinjauan, data mengenai jumlah penonton boleh dipalsukan dengan membayar sampel keluarga untuk menonton program tertentu,” kata Wang Pengju, ketua persatuan industri drama TV.
Sistem baharu itu, yang tidak lagi bergantung pada sampel kumpulan berbanding mengumpul data secara langsung daripada penonton, akan memberikan jumlah yang tepat berdasarkan apa yang sedang ditonton dan jumlah orang, menurut pentadbiran berkenaan. – Xinhua