Tuesday, February 25, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Sistem global sedang melalui perubahan besar’

    GENEVA, 24 FEB – Sistem antarabangsa sedang bergolak dengan hak asasi manusia yang ‘dibelenggu’, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini, memberi amaran bahawa era ‘penjajah’ mungkin akan kembali.

    Semasa ucapan pembukaan sesi utama tahunan Majlis Hak Asasi Manusia PBB, ketua hak asasi manusia PBB, Volker Turk, menggambarkan situasi yang ‘sangat berbahaya’ di dunia yang semakin didominasi oleh pemerintahan autoritarian.

    Beliau tidak menyebut mana-mana negara — walaupun dunia berhadapan dengan perang Rusia-Ukraine, perubahan dramatik di Amerika Syarikat, serta China yang lebih berani.

    Namun begitu, beliau menegaskan, “sistem antarabangsa sedang melalui perubahan besar.”

    “Bangunan hak asasi manusia yang telah kita bina dengan susah payah selama beberapa dekad ini tidak pernah berada dalam tekanan seperti ini.”

    Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB akan memberikan ucapan yang lebih terperinci kepada majlis itu minggu depan, apabila beliau akan menilai peristiwa-peristiwa negara tertentu. – AFP

    Volker Turk menyampaikan ucapan pada pembukaan sesi ke-58 Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda