Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sistem guna kamera AI, cam nombor plat kenderaan

    THIMPHU, 24 APRIL – Untuk mengukuhkan keselamatan jalan raya dan menyokong penguatkuasaan undang-undang lalu lintas, Polis Diraja Bhutan (RBP) akan mula memasang sistem Automatic Number Plate Recognition (ANPR) di lokasi utama di seluruh Bhutan menjelang pertengahan 2025.

    ANPR yang disertakan denan kamera dikuasakan kecerdasan buatan (AI) yang telah dibangunkan dengan kerjasama syarikat Druk Holding and Investments (DHI) pada mulanya akan digunakan di Gelephu, Sarpang dan Thimphu.

    Langkah berikut adalah satu langkah besar ke arah memodenkan penguatkuasaan undang-undang dan menyelaraskan dengan inisiatif Bandar Selamat yang lebih luas oleh kerajaan Bhutan.

    Menurut RBP, kamera akan dipautkan ke pusat pemantauan pusat, membolehkan penghantaran dan analisis data masa nyata.

    “Kamera akan disepadukan ke dalam infrastruktur Safe City, membolehkan penghantaran data yang selamat ke pusat pemantauan pusat RBP,” kata polis.

    Kamera AI ANPR menangkap imej dan menghantar kepada model AI yang mengesan plat lesen kenderaan dalam masa nyata, “Setelah kamera mengesan kenderaan dalam bingkai imej, kotak sempadan nombor plat dikesan dan diproses keluar daripada imej tersebut untuk disimpan dalam pangkalan data”, menurut DHI.

    Ciri utama sistem termasuk merekod plat secara automatik, fungsi carian dan keupayaan untuk menyenaraihitamkan kenderaan tertentu.

    Sistem ini telah diuji secara meluas di bawah pelbagai keadaan persekitaran, termasuk operasi siang dan malam serta senario cuaca buruk. Imej jelas kenderaan yang bergerak pantas walaupun dalam keadaan cahaya malap juga dapat dirakam.

    DHI berkongsi bahawa sistem ANPR tersebut akan membantu memastikan respons yang lebih pantas melalui makluman segera yang boleh membantu pihak berkuasa untuk menggunakan sumber mereka yang terhad dengan tepat pada tempat yang paling diperlukan.

    RBP berkongsi bahawa sistem itu telah dibangunkan secara khusus untuk memenuhi keperluan teknikal dan operasinya serta sejajar dengan penekanan kerajaan terhadap kehendak tempatan.

    Sistem berkenaan juga dijangka dapat memastikan kemampanan jangka panjang dengan kurang bergantung kepada teknologi import dan membenarkan sokongan teknikal berterusan daripada DHI.

    Memandang ke hadapan, pasukan DRIVE DHI dari Jabatan Innotech merancang untuk mengembangkan keupayaan sistem termasuk pengesanan kelajuan, analisis lanjutan seperti klasifikasi jenis kenderaan, dan penyepaduan dengan Pihak Berkuasa Pembinaan dan Pengangkutan Bhutan.

    Setelah beroperasi sepenuhnya, sistem ANPR berkuasa AI dijangka memainkan peranan penting dalam meningkatkan keselamatan jalan raya, menyokong penguatkuasaan undang-undang dan mengoptimumkan aliran trafik di seluruh negara. – ANN

    Suasana keaadan trafik di Thimpu, Bhutan. Sistem kamera AI akan digunakan untuk cam nombor plat – Gambar fail AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda