Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sistem JCB dinaiktaraf

    Oleh Sim Y. H.

    Gambar daripada laman sesawang JobCentre Brunei.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Sebagai usaha peningkatan berterusan untuk memadankan para pencari kerja tempatan dan majikan, JobCentre Brunei (JCB) telah melancarkan penaiktarafan sistemnya pada 27 Mac lalu di mana Sistem JCB yang baharu itu direka bagi memudahkan tiga golongan pengguna sasaran iaitu pencari kerja, para majikan, dan masyarakat awam dan pihak berkepentingan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JCB, di sini, hari ini, sistem baharu berkenaan memberikan kemudahan kepada pencari kerja yang mahu menggandakan peluang kerjaya yang sesuai, para majikan yang perlu mencari dan mengambil bakat-bakat yang sesuai serta masyarakat awam dan pihak berkepentingan.

    Kenyataan menjelaskan lanjut bahawa sistem yang terdahulu dimulakan pada 2015, telah berjaya memuatkan iklan dan permohonan pekerjaan secara atas talian ataupun online, tetapi pemadanan kerja dan analisa dilakukan secara manual.

    Dengan penaiktarafan itu, sistem JCB sekarang menawarkan ciri-ciri yang dapat memberikan lebih manfaat kepada para pengguna, termasuk integrated dashboards, penyesuaian dan cadangan pekerjaan secara automatik (automated job matching and recommendations), penyelarasan peluang-peluang latihan, penambahan search filters, pilihan dari 1,000 kemahiran untuk menonjolkan keterangan dan permohonan pekerjaan, penambahbaikan saluran perhubungan, pautan ke media sosial, analisa untuk laporan, infrastruktur yang lebih stabil serta banyak lagi.

    Oleh itu, para pencari kerja baharu digalakkan untuk mendaftar ke sistem ini melalui www.jobcentrebrunei.gov.bn dengan menggunakan akaun e-Darussalam, manakala syarikat-syarikat baharu boleh menggunakan nombor pendaftaran Registration of Companies and Business Names (ROCBN) masing-masing. Sementara itu, para pencari kerja dan majikan yang sudah berdaftar boleh membuat log masuk ke dalam sistem seperti biasa dan mengaktifkan profil serta status permohonan ataupun iklan pekerjaan.

    Orang awam juga boleh mengakses laman sesawang JCB untuk melihat para majikan teratas, peluang pekerjaan yang trending, senarai iklan atau pencari pekerjaan melalui kategori, sesi latihan yang akan datang dan banyak lagi.

    Bagi mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan, boleh menghubungi atau WhatsApp JCB di 8239933, atau hantarkan maklumbalas melalui borang Contact Us dalam sistem berkenaan. Kenyataan menyatakan lagi bahawa projek penaiktarafan sistem JCB itu telah dijayakan hasil usaha sama dengan Syarikat Dynamik Technologies Sdn Bhd.

    Projek penaiktarafan Sistem JCB ini telah dijayakan hasil usaha sama dengan Syarikat Dynamik Technologies Sdn Bhd dan Liferay India Private Limited.

    Orang ramai ketika melakukan pendaftaran di JobCentre Brunei (JCB). JobCentre Brunei (JCB) telah melancarkan penaiktarafan sistemnya pada 27 Mac lalu bagi memudahkan tiga golongan pengguna sasaran iaitu pencari kerja, para majikan, dan masyarakat awam dan pihak berkepentingan.

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda