GENEVA, 21 NOV – Kekurangan bahan bakar dan sistem sanitasi yang tidak sempurna di Semenanjung Gaza boleh mengakibatkan penyebaran penyakit, Persekutuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberikan amaran pada hari ini.
UNICEF, agensi kanak-kanak PBB, mengatakan terdapat ancaman serius terhadap wabak penyakit yang berleluasa di wilayah Palestin yang terkepung itu.
“Kita menghadapi kekurangan air, najis tersebar di perkampungan yang padat, kekurangan tandas, dan sekatan yang ketat terhadap pencucian tangan, kebersihan peribadi dan pembersihan.”
Berbicara melalui sambungan video dari Kaherah, Elder mengatakan potensi kehilangan nyawa yang lebih besar di Gaza akan meningkat apabila kira-kira 800,000 orang kanak-kanak di kubu tersebut terpaksa meninggalkan rumah mereka. Elder juga menyeru pembebasan sekitar 30 orang kanak-kanak yang ditahan sebagai tebusan.
UNICEF khususnya prihatin tentang risiko wabak kolera di Semenanjung Gaza, dan risau akan peningkatan kematian kanak-kanak jika wabak itu melanda. Walau bagaimanapun, belum ada penyakit kolera yang dikesan di Gaza setakat ini. – AFP
