BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatan kepada pedagang dan orang ramai, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) memperkenalkan perlaksanaan inisiatif permohonan mendapatkan kebenaran keluar masuk kenderaan (VES) secara online.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, sistem ini akan memudah cara dan mempercepatkan proses memohon kebenaran membawa kenderaan melepasi sempadan melalui pos-pos kawalan dengan membuat permohonan secara online melalui portal JKED di alamat www.bdnsw.gov.bn yang dapat diakses di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)