Thursday, July 17, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sistem pengangkutan bersepadu belum dicapai

    KUALA LUMPUR, 16 FEB – Penangguhan projek monorel Putrajaya menyebabkan sistem pengangkutan bersepadu di bandar itu belum tercapai dan merupakan pembaziran sekiranya infrastruktur dibangunkan tidak dimanfaatkan, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2.

    Menurut LKAN, penangguhan pembangunan mod pengangkutan monorel yang merupakan tulang belakang sistem pengangkutan awam di Putrajaya juga memberi kesan kepada perkhidmatan bas dan penggunaan fasiliti berkaitan.

    “Sebaliknya, kerajaan terpaksa menyediakan TLK (Tempat Letak Kereta) bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan core dan perumahan,” menurut laporan itu. 

    Menurut laporan itu, pelaksanaan projek monorel tersebut meliputi dua laluan iaitu Laluan 1 sepanjang 13.2 kilometer (km) manakala Laluan 2 sepanjang 6 km selain stesen monorel yang dibina di Terminal Putrajaya Sentral Presint 7 tetapi masih belum siap sepenuhnya. – Bernama

    Gambar fail yang menunjukkan projek jambatan laluan monorel Putrajaya yang masih belum siap sepenuhnya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda