Tuesday, March 4, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sistem pengecaman wajah punca tersalah tangkap

    NEW ORLEANS, 3 JAN – Penggunaan teknologi pengecaman wajah oleh pihak berkuasa Louisiana telah membawa kepada penangkapan orang yang salah dari Georgia atas waran orang buruan, kata peguam dalam satu kes yang menarik perhatian semula kepada jurang perbezaan kaum dalam penggunaan alat digital tesebut.

    Randall Reid, 28, telah dimasukkan ke dalam penjara pada akhir November lepas di daerah DeKalb, Georgia, menurut The Times-Picayune/The New Orleans Advocate.

    Peguamnya, Tommy Calogero, berkata pihak berkuasa telah tersilap mengaitkan Reid dalam kes curi di Jefferson Parish and Baton Rouge. Reid, yang ditangkap pada 25 November, telah dibebaskan pada 1 Disember.

    Reid merupakan orang kulit hitam, dan penangkapannya telah menarik perhatian pengkritik teknologi yang menyatakan kadar salah identifikasi terhadap orang kulit hitam adalah lebih tinggi berbanding orang kulit putih.

    “Mereka memberitahu bahawa saya mempunyai waran tangkap dari Jefferson Parish. Saya membalas, Apakah Jefferson Parish?” katanya.

    “Saya tidak pernah pergi ke Louisiana seumur hidup saya. Kemudian, mereka berkata saya telah mencuri. Jadi, bukan sahaja saya tidak pernah ke Louisiana, saya juga tidak mencuri.” – AP

    Gambar fail bertarikh 13 Februari 2019 menunjukkan penyelidik pengecaman wajah dari Institut Teknologi Massachusetts, Joy Buolamwini berdiri untuk gambar potret di Cambridge. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda