Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sistem penyaman udara bernilai RM6 juta di KML siap

    LABUAN, 25 JULAI – Lebih 3,000 pelajar dan 250 pensyarah di Kolej Matrikulasi Labuan (KML) kini boleh menarik nafas lega apabila sistem penyaman udara canggih bernilai RM6 juta sudah siap dipasang.

    Projek kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan itu diserahkan secara rasmi kepada wakil daripada Kementerian Pendidikan, Wan Mohd Rahim Yusof dalam satu majlis khas di Dewan Mutiara kolej berkenaan hari ini.

    Pengarah JKR Labuan Ir Mohd Faizul Mohd Ali Hanapiah berkata projek yang dilaksanakan pada bulan Julai tahun lepas itu siap sepenuhnya pada 19 Jun lepas.

    “Dengan penyiapan sistem itu, ia akan menambah baik keselesaan pembelajaran dan pengajaran di kolej berkenaan, menampilkan persekitaran yang kondusif untuk menimba ilmu…Kita komited untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada pelajar,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda