TOKYO, 7 FEB – Sistem perbicaraan semula Jepun akan diteliti oleh pakar undang-undang untuk kemungkinan semakan, kata pegawai hari ini, berikutan pembebasan banduan hukuman mati paling lama di dunia pada tahun lalu.
Pengkritik undang-undang perbicaraan semula berkata sistem itu tidak menawarkan perlindungan mencukupi kepada mangsa yang disabitkan bersalah kerana prosesnya yang sukar boleh mengambil masa beberapa tahun.
Sistem itu amat memakan masa sehingga pengkritik menggelarnya sebagai ‘pintu yang tidak pernah dibuka’ belum pernah dipinda sejak ia diperkenalkan lebih 70 tahun yang lalu.
Ia menyusuli pembebasan penting Iwao Hakamada, 88, yang didapati tidak bersalah pada September 1966 dalam pembunuhan empat kali dan telah menghabiskan masa lebih 40 tahun meringkuk dalam penjara, kebanyakannya berkaitan hukuman mati.
Hakamada adalah satu-satunya banduan kelima yang menerima hukuman mati tetapi telah diberikan perbicaraan semula dalam sejarah Jepun selepas perang. Kesemua empat kes sebelum ini berakhir dengan pembebasan.
Tetapi ia mengambil masa 42 tahun untuk kesnya dibuka semula secara keseluruhan, ditangguhkan oleh penghujahan yang lambat mengenai permohonan dan rayuan berulang oleh pihak pendakwaan.
Kini Kementerian Kehakiman akan meminta panel pakar undang-undang untuk membincangsemakan semula sistem, kata menteri Keisuke Suzuki, hari ini. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/P19-4D-Envato_08022025.jpg)