Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sistem perjanjian suntikan vaksinasi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jan – Kementerian Kesihatan akan memperkenalkan sistem perjanjian kepada orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan suntikan vaksinasi bermula 15 Januari ini di Pusat Pemeriksaan Kesihatan Berakas bagi Pusat Suntikan Brunei dan Muara.

    Kaedah sistem perjanjian ini diperkenalkan di samping perkhidmatan secara ‘walk-in’ (tanpa perjanjian) yang ada pada masa ini, bagi meningkatkan dan mengoptimumkan perkhidmatan suntikan vaksinasi di pusat suntikan tersebut. Mana-mana klien yang telah membuat perjanjian awal akan diberikan keutamaan.

    Apa yang dihasratkan dengan sistem baru ini adalah bagi memudahkan orang ramai merancang untuk membuat perjumpaan dan seterusnya dapat mengurangkan waktu menunggu mengikut jadual atau perjanjian yang telah ditetapkan.

    Sehubungan itu, orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan vaksinasi berkenaan boleh-lah membuat perjanjian terlebih dahulu dengan menghubungi talian 2331100/2/3/4 sambungan 5 atau 2086.

    Waktu operasi pusat tersebut adalah setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu, mulai pukul 7:45 pagi sehingga 12 tengah hari dan 1:30 petang hingga 3:45 petang.

    Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sistem perjanjian itu, bolehlah menghubungi Talian Darussalam 123 atau melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda