Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sistem pertolongan cemas mudah alih dilancarkan di tapak warisan dunia

    CHANGSHA, 7 MEI – Zhangjiajie, sebuah bandar pelancongan terkenal di Wilayah Hunan China, melancarkan sistem pertolongan cemas mudah alih di kawasan panorama Wulingyuan yang tersenarai antara Warisan Semula Jadi Dunia UNESCO.

    Bagi menyediakan bantuan perubatan yang mencukupi, empat stesen pertolongan cemas telah disediakan di lokasi-lokasi strategik yang menjadi tumpuan pelancong.

    Di kawasan panorama Wulingyuan, lapan kenderaan peronda digunakan dan berfungsi sebagai klinik bergerak untuk pengunjung, lapor Xinhua.

    Semasa cuti lima hari pada Mei tahun ini, Zhangjiajie menerima lebih 863,700 kunjungan pelancong. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda