Penyanyi dangdut Indonesia, Siti Badriah mengumumkan berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Khabar itu dikongsikan oleh suaminya iaitu Krisjiana Baharudin menerusi satu hantaran di Instagram kelmarin.
Malah, suami kepada Siti Badriah, 30, itu turut meluahkan rasa syukur atas kehamilan anak kedua itu.
“MasyaAllah. Alhamdulillah. Xarena (anak pertama) bakal memiliki adik,” katanya.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada peminat dan rakan artis.
Rata-ratanya mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga urusan penyanyi lagu Lagi Syantik ini dipermudahkan.
Untuk rekod, Badriah dan Krisjiana mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2019.
Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Xarena Zenara yang kini berusia 2 tahun. – Agensi