Jumaat, November 21, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siti Elizad bersyukur rezeki lakonan tak putus

    Pelakon Malaysia, Siti Elizad Sharifudin, 41, bersyukur rezekinya dalam lakonan tidak putus-putus sejak meninggalkan kerjaya penyiaran radio kira-kira dua tahun lalu.

    Elizad berkata, ketika ini dia memang aktif berlakon seperti membintangi drama Berbahagi Suami sebanyak 80 episod, Mentua bersama Fauziah Ahmad Daud dan beberapa telefilem.

    “Sekarang saya membintangi Akasia, Perempuan Tidak Ternikah. Jalan ceritanya agak menarik tapi tak bolehlah nak cerita lagi. Kita bagi kejutan,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di Galeri Prima, hari ini.

    Ditanya juga pandangannya terhadap pelakon baharu Ali Reza, Elizad berkata dia baru pertama kali berjumpa pemuda itu ketika sesi mesyuarat Perempuan Tidak Ternikah.

    “Tengok juga dia (Ali). Rasanya walaupun dia nampak muda tapi saya rasa dia ada karakter kot. Tengok muka dia sebab ada orang macam baby face, dia selalu nak nampak kacak sangat.

    “Dia ada sudut tertentu yang boleh buat karakter dia terkeluar kot. Ada orang bila jadi pelakon tak perlu berusaha sangat sebab ada tujuan. Tapi, saya tengok pengarah mungkin tahu kot,” katanya.

    Ditanya juga mengenai pelakon berpengalaman yang enggan bekerja dengan pelakon baharu kerana tidak mahu terlalu lama di set penggambaran, Elizad berkata bukan kita mengada-ngada.

    “Tapi kena tengok genre cerita itu. Kalau cerita itu berat, bukanlah saya faham kenapa ada senior-senior yang cakap macam itu sebab bila kita buat cerita berat, kita nak pasangan kita itu memberi pada kita.

    “Sebab kita kalau buat cerita berat dalam satu hari kita ada 20 babak, 15 babak, tentu lapan hingga 10 babak itu kena menangis, jadi kalau kau menangis kau tak boleh bagi aku nak beriya, lepas tu kau tak ada reaksi, kita tak boleh nak nangis.

    “Bila tak boleh nak nangis, kita kena dorong diri kita, itu buat jadi penat. Bila jadi penat tu, kita duduklah sekejap. Kadang-kadang bukan kita nak mengada-ngada, kita nak diva.

    “Saya faham bila ada senior kata saya kena pilih orang ni, sama juga bila duduk lama ada juga terfikir tak nak berlakon dengan orang baharu, mereka ada cara mereka kan, tapi kalau cerita berat memang kena pilih pasangan yang betul-betul,” katanya.

    Menurut Elizad, bagi drama Perempuan Tidak Ternikah ini dia sudah memahami karakter sebagai Kisya yang memerlukan bermain dengan pelbagai emosi dan akan beri yang terbaik. – Agensi

    Siti Elizad bersyukur rezekinya dalam lakonan tidak putus-putus sejak meninggalkan kerjaya dalam penyiaran radio. – HibGlam

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda