Friday, November 15, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siti Jamumall masih dalam proses menutup aurat

    Penampilan baharu personaliti media sosial Malaysia, Siti Jamumall meraih perhatian ramai apabila manis mengenakan hijab sejak akhir-akhir ini.

    Memetik laporan mStar, Siti atau Siti Suriani Wahiddin berkata perasaan untuk mengenakan tudung itu datang secara tiba-tiba meskipun selama ini hatinya sudah tergerak ingin menutup aurat.

    Namun reaksi positif daripada pengikut media sosialnya membuatkan beliau ingin mengekalkan penampilan baharunya itu.

    “Terus terang saya cakap bila dapat komen kata cantik ini buat saya terus nak pakai. Jujur sebagai perempuan kita suka dipuji cantik.

    “Sebagai orang yang tidak bertudung selama 25 tahun… tak tahu macam mana rasa nak pakai itu. Sebelum ini ada rasa itu dan saya sudah beli tapi masih belum terdetik nak pakai.

    “Tiba-tiba saja satu hari itu saya nak pakai tudung nak buat content selepas itu orang puji saya jadi teruja,” katanya.

    Siti berkongsi perkara itu di TikTok miliknya selepas sering mendapat pujian daripada pengikutnya.

    Bagaimanapun Siti menyangkal dakwaan dirinya berhijab selepas mendapat pujian daripada peminat.

    “Tapi tak adalah sebab pujian itu saya nak pakai tudung tapi kerana pujian itu memberikan saya semangat dan rasa gembira buat nampak positif,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Siti memberitahu beliau enggan mengakui sudah bertudung sepenuhnya memandangkan masih lagi dalam proses menyesuaikan diri.

    Malah beliau hanya mengharapkan pengikutnya mendoakan agar mengenakan hijab menjadi kebiasaan buat dirinya.

    “Saya tak berani nak cakap saya dah bertudung ke belum tapi buat masa ini saya dah bertudung sepenuhnya… di luar ataupun semasa on camera.

    “Doakan saya terus istiqamah… mindset saya satu saja saya nak pakai tudung dan biasakan.

    “Saya masih dalam proses dan minta semua orang doakan saya dan jangan menilai,” luahnya. – Agensi

    Penampilan Siti Jamumall yang bertudung dipuji pengikut media sosial. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda