Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Siti Nurhaliza ambil semangat Tunku Azizah

    Terlalu besar perjuangan dan pengorbanan dilakukan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam usaha mendapatkan cahaya mata pertama yang mungkin masih ramai tidak mengetahuinya secara terperinci, lapor BH Online.

    Siti perlu menanti selama 11 tahun sejak mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K pada 21 Ogos 2006 dan perlu menjalani kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) sebanyak lima kali bagi memiliki cahaya mata.

    Pada 19 Mac 2018, Siti akhirnya dikurniakan cahaya mata sulung, Siti Aafiyah selepas proses IVF dijalaninya membuahkan hasil sebelum menimang cahaya mata kedua, Muhammad Afwa pada 19 April 2021 melalui kaedah rawatan sama.

    Bagaimanapun, penyanyi nombor satu negara itu bersyukur kerana akhirnya dikurniakan cahaya mata selepas bertarung nyawa dan melalui proses sukar.

    Siti memberitahu, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjadi individu terawal mengetahui kisahnya dan turut menasihatinya untuk menghentikan seketika karier nyanyi demi menjalani rawatan IVF.

    Perjuangan Siti semasa proses kelahiran anak pertama, Siti Aafiyah tidak mudah apabila mendedahkan berdepan komplikasi hingga hampir meragut nyawanya. – mStar

    “Sejurus bersalin, saya pernah alami komplikasi yang tidak pernah dikongsi dengan masyarakat. Tunku Azizah tahu lebih awal keadaan saya.

    “Saya dan suami ada berkongsi cerita mengenai perkara ini. Alhamdulillah, Allah selamatkan saya.

    “Saya ambil keputusan untuk buat rawatan sama untuk anak kedua. Alhamdulillah, semuanya lancar. Sambil sibuk kerja, saya curi masa buat IVF sebagai cubaan buat kali terakhir. Saya terdetik begitu dalam hati.

    “Saya ambil keputusan hentikan kerjaya nyanyian selama setahun khusus untuk proses rawatan ini,” katanya pada sidang media sempena pembukaan Alhaya Fertility Centre di Hospital Pakar KPJ Damansara 2, Petaling Jaya, baru-baru ini.

    Siti berkata, dia berdepan cabaran dan dugaan dalam usaha mendapatkan cahaya mata biarpun dikurniakan pelbagai rezeki lain. – Agensi

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Pasukan Dodgeball Brunei sertai ADC

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Ariana Grande berehat panjang?

    Konsert jelajah Eternal Sunshine bermula Jun tahun depan berkemungkinan...

    ‘Nyanyian langsung cabaran baharu di pentas teater’

    Selepas lebih 10 tahun tidak beraksi di pentas teater...

    Lebih 20 kakitangan StanChart Brunei sertai Sukan SC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Lebih 20 kakitangan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...