Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siti Nurhaliza bakal timang anak perempuan

    PETALING JAYA – Teka-teki jantina anak sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya terjawab apabila penyanyi tersohor itu mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan.

    Siti dan suami Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa membuat pengumuman tersebut menerusi rakaman video di laman Instagramnya baru-baru ini bersempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-39.

    “Nak kongsikan dengan semua sempena birthday Siti, Insya-Allah apa yang kami nanti-nantikan, doktor sahkan anak kami adalah ‘puteri’.

    “Doakan zuriat kami sihat dan menjadi anak solehah. Alhamdullillah, terima kasih atas doa semua dan semoga semuanya selamat.” katanya.

    Dalam pada itu, beberapa stesen radio mendedikasikan slot khas buat penyanyi tersohor itu bersempena ulang tahun kelahirannya hari ini.

    Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya telah mengumumkan bahawa dia bakal menimang cahaya mata perempuan.

    Siti menerusi Instagram memberitahu terharu dengan tindakan stesen radio mengadakan segmen khas sempena ulangtahun kelahirannya.

    Malah Siti memberitahu dia tidak menjangkakan perkara itu dan menganggap ia satu penghormatan buat dirinya.

    “Saya terharu apabila pihak radio-radio ini (saya yakin stesen lain juga mendukung perjalanan karier saya dengan cara tersendiri) mengadakan segmen khas sempena ulangtahun kelahiran saya. Ini merupakan satu penghormatan yang tidak pernah saya jangka.

    “Kerjasama di antara penyanyi dan stesen radio ibarat aur dengan tebing, saling memerlukan dan mendukung di antara satu sama lain.

    “Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua stesen radio yang mengadakan slot istimewa hari ini dan menjadi hadiah yang bermakna buat saya.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda