Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin kembali berkongsi pentas dengan penerbit dan komposer terkenal, David Foster menerusi Konsert Eksklusif ‘Hitman: David Foster and Friends Asia Tour 2023’ di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, di sini, pada 7 Ogos depan.
Konsert yang turut menampilkan penyanyi antarabangsa lain seperti Michael Bolton, Peabo Bryson, Loren Allred dan Katharine McPhee, itu merupakan anjuran sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan, Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) dengan kerjasama B De Paris Beauty Project Ent. – Agensi