Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siti Nurhaliza harap sempat lihat anak naik pelamin

    Ibu mana yang tidak mahu melihat kebahagiaan anak-anak. Begitu juga penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menyimpan impian mahu menyaksikan cahaya matanya mendirikan rumah tangga satu hari nanti.

    Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, berharap diberikan usia yang panjang agar dapat melihat anak-anaknya ke jenjang pelamin.

    “Sambil tengok, sambil kepala kami pun berfikir. Semoga diberi kesempatan melihat anak-anak nanti naik pelamin,” katanya menerusi hantaran di InstaStory.

    Siti berkongsi perasaannya itu ketika menghadiri istiadat persandingan anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya iaitu FD Idzham FD Iskandar yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Pahang kelmarin.

    Dalam pada itu, Siti turut mendoakan agar anak-anaknya dipertemukan dengan jodoh yang baik.

    “Semoga ditemukan jodoh yang baik. Amin Ya Rabb,” ujarnya.

    Untuk rekod, Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk K atau Datuk Seri Khalid Jiwa pada 21 Ogos 2006. Mereka kemudiannya dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 6 dan Muhammad Afwa, 3 tahun. – Agensi

    Siti berharap agar anak-anaknya bertemu jodoh yang baik suatu hari nanti. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda