Sunday, March 16, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siti Nurhaliza ‘sound’ warganet hina kulit album

    Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza berang apabila kulit album baharunya berjudul Sitism dipersenda individu tidak bermoral, menurut petikan dari mStar.

    Menerusi perkongsian di Instastory miliknya, dua individu berkenaan memperlekehkan konsep dan judul yang dipilih penyanyi berkenaan. Bukan itu sahaja, individu berkenaan turut menuduh penyanyi berkenaan mempunyai masalah mental kerana menggunakan fon kepala dalam foto kulit albumnya itu.

    Menurut dua individu berkenaan kulit album yang memaparkan imej dan visual Siti yang kelihatan siber retro futuristik itu tidak bersesuaian dengan level penyanyi senior yang terkenal itu. Bukan itu saja, mereka juga mengungkapkan kata-kata hinaan kepada penerbit yang menyarankan penyanyi nombor satu itu mengeluarkan album dengan konsep sebegitu.

    Dalam perkongsian tersebut, Siti turut meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memeriksa akaun berkenaan.

    “Cantiknya bahasa kakak-kakak ini @kakwanlebor @bonda_putehkundor.

    “Kita bagi SKMM periksa kejap!” kongsinya.

    Sejak beberapa hari lalu, Siti membuat kejutan apabila mengumumkan bakal melancarkan album solonya yang ke-20 berjudul Sitism pada 30 Jun ini. – Agensi

    Siti berang album lagunya dikritik warganet. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda