Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siti Nurhaliza tak segan minta maaf, akui silap sendiri

    Status sebagai penyanyi tersohor negara bukan alasan untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza merendahkan diri dan memohon maaf sekiranya melakukan sebarang kesilapan.

    Bagi Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 46, tindakan sebegitu perlu bagi mengelakkan salah faham lebih parah sehingga sesuatu isu itu berlarutan.

    “Jika khilaf, saya perlu minta maaf. Itu lebih baik. Tak perlu rasa segan untuk minta maaf,” katanya kepada mStar.

    Siti berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis perasmian Budaya Raya yang berlangsung di Pavilion, Bukit Bintang kelmarin.

    Penyanyi itu mengulas tentang permohonan maaf dibuat susulan tindakannya mempromosikan produk berkaitan nikotin di Instagram miliknya baru-baru ini.

    Mengakui dia sendiri memuat naik hantaran tersebut, Siti juga berharap orang ramai menerima permohonan maaf yang dibuat.

    “Saya sendiri yang kongsi. Saya sudah minta maaf. Rasanya semua orang faham.  Saya kongsi (hantaran itu) ketika dalam keadaan santai. Mungkin silap berkongsi,” ujarnya.

    Tindakan Siti ketika itu mendapat perhatian ramai termasuk teguran dari laman Facebook Public Health Malaysia yang menganggap ia boleh memberi kesan besar terhadap masyarakat.

    Bukan sekadar memohon maaf, Situ juga bertindak menurunkan hantaran berkenaan daripada Instagram miliknya.

    Sementara itu, bercakap tentang Budaya Raya, Siti berbesar hati apabila menjadi artis Malaysia pertama bekerjasama dengan pihak Pavilion mempamerkan koleksi peribadinya sepanjang bulan Ramadan ini.

    Siti juga meluahkan rasa teruja apabila bakal melancarkan lagu raya terbaharunya tidak lama lagi selain perancangan konsert tahun ini. – Agensi

    Siti mengakui kesilapan mempromosikan produk nikotin sebelum ini. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda