Thursday, April 3, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siti Nurhaliza tidak kekok mengacara

    KUALA LUMPUR – Kali terakhir muncul sebagai pengacara menerusi program permainan, Siti Ooo… Som pada tahun 2012, penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, kembali menggalas peranan itu apabila mengendalikan program Inspirasi Takwa Datuk Siti Nurhaliza.

    Menerusi program empat episod terbitan Global Station Sdn Bhd yang akan memulakan siarannya pada 31 Mei ini, Siti berkongsi getir perjalanan hidup yang dilalui wanita yang memberi inspirasi kepada masyarakat. “Agak lama Siti tidak mengacara, tetapi Alhamdulillah, tanggungjawab ini dapat disempurnakan dengan baik. Lagipun, perjalanan program ini agak santai dan ringkas apabila Siti berkongsi kisah wanita yang memberi inspirasi kepada masyarakat. Penggambaran program ini tidak lama, hanya dua hari. Siti mengakui leka mendengar cerita perjalanan hidup tetamu yang ditampilkan dalam program itu. Antara kisah yang menyentuh hati Siti pastinya kisah pelakon Zarina Zainuddin. Biarpun bidang pengacaraan bukan fokus utama, Siti tidak kekok menemubual tetamu. Syukur kerana pengalaman mengendalikan program bual bicara, Siti tidak lama dulu banyak membantu ketika menjalankan tanggungjawab ini,” katanya mengenai program yang bakal disiarkan di Astro Oasis itu.

    Beralih kepada perkembangan kerjaya nyanyiannya, Siti bakal muncul dengan album studio ke-16 berjudul SimetriSiti.

    Album itu turut memuatkan lagu ciptaannya, Penghiburku. Lagu ini adalah dedikasi istimewa Siti buat peminat selepas lama tidak menulis lagu.

    “Siti tidak mengambil masa lama untuk menghasilkannya, malah lirik lagu ini disiapkan ketika dalam studio. Siti berharap peminat teruja menanti kelahirannya,” katanya. Siti pernah mencipta dan menulis lirik untuk lagu seperti Hati Berbisik, Intrig Cinta dan Cahaya Cinta.

    Siti Nurhaliza bakal muncul sebagai pengacara dalam program Inspirasi Takwa Datuk Siti Nurhaliza.
    Siti Nurhaliza bakal muncul sebagai pengacara dalam program Inspirasi Takwa Datuk Siti Nurhaliza.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda