Sunday, April 27, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siti Saleha elak kontroversi demi jaga hati peminat

    Tiga tahun berturut-turut berada dalam kelompok Top 5 bagi kategori Aktres TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) cukup membuktikan bakat magis yang dimiliki Siti Saleha, 33, berada dalam kelas tersendiri.

    Lebih lagi, aktres jelita itu menggenggam trofi berkenaan pada ABPBH 33 dan ABPBH 34.

    Justeru, menerusi ABPBH 35 yang dijadual berlangsung pada 21 Julai depan, harapan sama dipanjatkan Siti Saleha atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd Baharum untuk mencipta rekod ‘hatrik’ bagi kategori ditandinginya itu.

    Merungkai rahsia kejayaan pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu, Siti Saleha berkata, menjaga hubungan baik dengan peminat termasuk sentiasa berusaha menepis segala kontroversi menjadi antara kunci untuk kekal relevan.

    Biarpun menyedari hakikat bergelar selebriti tidak terlepas dihambat kecaman, Siti Saleha optimis perkara itu dapat diatasi sekiranya berterusan membawa imej baik termasuk tidak terlalu berlebihan dalam media sosial.

    Siti Saleha tak tenang dihambat konroversi dan tidak suka dipandang serong. – mStar

    “Saya mahu kekalkan nama baik dengan bakat lakonan kerana peminat akan pandang serong apabila dihambat kontroversi.

    “Jadi, perkara ini yang saya cuba elakkan dan hanya mahu dikenali sebagai pelakon wanita yang baik.

    “Tetapi, perkara ini boleh jadi di luar kawalan kerana setiap orang mahukan perhatian.

    Ketika ini senang dapat perhatian dengan adanya pelbagai medium media sosial.

    “Saya pula sekiranya terkait kontroversi jiwa sering tidak tenang. Bagaimanapun, sebagai selebriti, kontroversi tetap akan datang, cuma saya perlu pandai mengatasinya dengan baik,” katanya kepada BH Online. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda