Tuesday, November 29, 2022
22.6 C
Brunei

-

Siti Saleha sudah temui pengganti

Selepas 10 bulan bercerai, pelakon Siti Saleha sudah menemui pengganti dan sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka berdarah kacukan sepertinya.

Saleha atau Siti Saleha Mohd Baharum, 32, bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai lelaki berkenaan dan akan berkongsi di Instagram sekiranya ada perkembangan lanjut.

“Nanti saya kongsi di Instagram saya, bila saya sedia. Tiada apa yang serius, dia lelaki yang baik.

“Kami mempunyai persamaan, kita mix… kita orang putih,” katanya kepada mStar.

Saleha berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tayangan perdana dua episod drama bersiri Hilang yang bakal disiarkan di platform Viu.

Siti Saleha enggan berkongsi lanjut mengenai lelaki berkenaan dan akan berkongsi di Instagram sekiranya ada perkembangan lanjut. – Agensi

Dalam pada itu, Saleha mengaku kenalan terdekatnya sudah mengetahui hubungannya dengan jejaka tersebut meskipun tidak berkongsi mengenainya di media sosial.

Secara berseloroh, Saleha turut memaklumkan jejaka berkenaan turut menemaninya ketika tayangan perdana Hilang yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur.

“Saya rasa orang sekelilng tahu walaupun saya tidak berkongsi gambarnya. Bila-bila masa nanti saya tunjuk wajahnya,” ujarnya.

Untuk rekod, Saleha bercerai dengan bekas suami, Ahmad Lutfi Azhar pada 22 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah, Klang, Selangor.

Pasangan itu berkahwin pada 28 Julai 2017 namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Dalam perkembangan lain, Saleha memberitahu dalam siri Viu Original berkenaan, dia memegang watak sebagai Wangi yang memiliki masalah penglihatan selepas berlaku satu kejadian di dalam hutan.

Saleha menjelaskan bagi menjiwai watak tersebut di turut pergi ke pusat mengurut kaki kerana ingin mendalami individu dengan masalah penglihatan. Selain Saleha, drama bersiri Hilang turut dilakonkan oleh Khir Rahman, Aqasha, Jasmine Suraya dan ramai lagi. – Agensi

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Taliban Pakistan tamat gencatan senjata

ISLAMABAD, 28 NOV – Taliban Pakistan berkata hari ini mereka telah membatalkan gencatan senjata goyah yang dipersetujui dengan kerajaan pada Jun lalu dan mengarahkan...
- Advertisment -