Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siti Saleha terharu, satu dunia berkumpul minta gencatan senjata

    Pelakon Malaysia, Siti Saleha, 33, terharu dengan semangat yang ditunjukkan masyarakat dunia meminta gencatan senjata bagi menamatkan pembersihan etnik di Palestin.

    Menurut Saleha, apa yang terjadi di Palestin bukanlah sebuah ‘konflik’ namun penjajahan di era baharu oleh pihak Zionis terhadap rakyat Palestin.

    “Saya tersentuh melihat seluruh dunia berkumpul dengan semangat kemanusiaan dan meminta gencatan senjata.

    “Penting untuk kita fahami bahawa apa yang berlaku antara Palestin dan Israel bukanlah sebuah konflik.

    “Tetapi sebuah penjajahan atau rejim aparteid yang sudah berlaku sejak sekian lama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

    Namun begitu, pelakon That Cover Girl itu juga mengakui marah dan mengkritik saluran media barat yang membawakan isu ini secara berat sebelah.

    “Malangnya terdapat juga golongan yang tidak dapat memahami isu ini (pembersihan etnik) kerana saluran media tertentu (saluran media barat) mengawal apa yang ingin ditunjukkan dan dilaporkan.

    “Apa yang berlaku hari ini membuatkan saya marah berbanding menangis. Menangis tidak akan membantu siapa pun,” tambahnya. – Agensi

    Siti Saleha terharu dengan masyarakat dunia yang meminta gencatan senjata. – utusan.com.my
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda