Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siti Zalina-Emma Firyana pertahan emas

    BIRMINGHAM, 3 OGOS – Pasangan atlet boling padang Malaysia, Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji bermula dengan langkah kanan dalam misi mempertahan gelaran pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila mencatat kemenangan pada aksi pembukaan acara ‘pairs’ wanita hari ini.

    Namun, kemenangan diraih pemenang pingat emas edisi 2018 di Gold Coast, Australia itu bukan mudah apabila diberi tentangan sengit sebelum menumpaskan gandingan dari Guernsey, Rosemary Ogier-Lucy Beere, 22-19 di Victoria Park, Leamington Spa.

    Pada perlawanan kedua pusingan awal itu esok, Siti Zalina-Emma Firyana akan berdepan wakil Cook Islands Matapa Puia-Nooroa Mataio.

    Rentak kemenangan pasangan wanita Malaysia itu diteruskan Fairul Izwan Abd Muin apabila mudah menewaskan pemain Jamaica Robert Simpson, 21-4 dalam perlawanan pertama acara ‘singles’ lelaki.

    Skuad Malaysia juga cemerlang dalam acara lelaki berempat (fours) apabila gandingan Muhammad Idham Amin Ramlan, Izzat Shameer Dzulkeple, Mohammad Syamil Syazwan Ramli dan Muhammad Soufi Rusli mengetepikan cabaran pasukan Brunei, 21-8.

    Skuad wanita bertiga Malaysia bagaimanapun berdepan nasib berbeza pada perlawanan pusingan awal acara ‘triples’.

    Pasukan Malaysia yang dibarisi Nur Ain Nabilah Tarmizi, Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman dan Azlina Arshad, tewas pada aksi pertama 14-17 kepada Fiji, sebelum bangkit pada perlawanan kedua dengan menumpaskan skuad Norfolk Island 24-8. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda