Monday, January 27, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Situasi aisberg berisiko halang pembiakan penguin, anjing laut

    PARIS, 26 JAN – Aisberg terbesar di dunia – lebih dua kali ganda saiz London boleh hanyut ke arah pulau terpencil di mana seorang saintis memberi amaran ia berisiko menghalang penguin dan anjing laut untuk memberi makan kepada anak-anaknya.

    Bongkah ais gergasi itu bergerak perlahan dari Antartika pada laluan yang berpotensi bertembung dengan Georgia Selatan, tempat pembiakan hidupan liar yang penting di Atlantik Selatan.

    Menurut paparan gambar satelit, ia tidak menunjukkan seperti ‘megaberg’ sebelum ini, ia tidak hancur menjadi kepingan yang lebih kecil ketika bergerak ke Lautan Selatan, kata seorang ahli lautan fizikal di British Antarctic Survey, Andrew Meijers, kepada AFP Jumaat lalu.

    Beliau berkata, untuk meramalkan laluan tepat adalah sukar tetapi arus semasa menunjukkan bongkah ais itu akan sampai ke pelantar benua cetek di sekitar Georgia Selatan dalam masa dua hingga empat minggu mendatang.

    Bagaimanapun, tiada siapa yang akan mengetahui apa yang mungkin berlaku seterusnya, katanya.

    Ia boleh mengelakkan litupan ais tebal yang terapung dan dibawa ke perairan terbuka di luar Georgia Selatan, wilayah luar negara British kira-kira 1,400 kilometer di timur Kepulauan Falkland. – AFP

    Gambar bertarikh 20 Januari 2024 menunjukkan penguin gentoo di Paradise Bay di Selat Gerlache. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda