Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah

    KUALA LUMPUR, 14 FEB – Situasi banjir di Sabah dan Sarawak tidak berubah pagi ini dengan jumlah mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu kekal 309 orang.

    Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga, tidak berubah sejak 8 malam kelmarin.

    “Hanya sebuah PPS di Kinabatangan dibuka, trend pemindahan pagi ini kekal,” menurut jawatankuasa itu.

    Di Sarawak, sebanyak 202 orang masih berlindung di dua PPS di Miri, satu-satunya kawasan yang masih terkesan dengan bencana banjir.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan setakat 8 pagi tadi, PPS di Dewan Masyarakat Beluru kekal dengan 137 mangsa, sementara PPS di SMK Bakong Beluru dengan 65 mangsa. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda