Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Situasi COVID-19 di Sabah terkawal

    SERDANG, 17 MEI – Orang ramai tidak perlu panik dengan situasi COVID-19 di Tuaran, Sabah, yang dikategorikan sebagai zon merah, kerana kebanyakan kes yang dicatatkan adalah dalam Kategori 1 dan 2 iaitu tiada gejala dan gejala ringan, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

    Beliau berkata situasi COVID-19 di Sabah masih terkawal dan kumulatif kes yang direkodkan di Sabah ketika ini adalah kurang daripada 100 kes seminggu.

    “Sejak akhir-akhir ini apa yang kita lihat kes-kes COVID-19 ini yang berlaku adalah kes-kes yang tidak terlalu teruk, dan (penghidap) tak perlu datang ke hospital pun, sebaliknya isolasi boleh dilakukan di rumah sahaja,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan hari ini.

    “Kalau ada kes (kategori) 3, 4, dan 5, kategorinya yang agak teruk sedikit, kebanyakan kes yang kita dapati adalah kes-kes yang berumur 60 tahun ke atas dan juga mereka yang ada komorbid seperti kencing manis,” katanya.

    Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam dilaporkan berkata Tuaran menjadi zon merah COVID-19 berikutan peningkatan mendadak kes positif sepanjang minggu lepas, apabila daerah itu mencatat 26 kes baharu sepanjang minggu lepas berbanding 18 kes pada minggu sebelum itu. – Bernama

    Dr Zaliha Mustafa bercakap semasa sidang media pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda