Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Situasi Gaza masih ‘sangat kritikal’ – PBB

    HAMILTON, 20 NOV – Pejabat Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin beri amaran bahawa keadaan di Semenanjung Gaza kekal ‘sangat kritikal’ meskipun usaha berterusan dilakukan oleh PBB dan rakan-rakannya untuk membantu orang awam di seluruh wilayah itu, yang kini berada dalam tempoh gencatan senjata selepas  konflik dengan Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA).

    Dalam satu kenyataan, Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata, “situasi kemanusiaan di Gaza kekal kritikal, walaupun terdapat usaha berterusan oleh PBB dan rakan pelaksana untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.”

    Menurut OCHA, petugas kemanusiaan terus menjalankan penilaian dan menyalurkan bantuan kepada keluarga yang terjejas akibat hujan ribut minggu lalu, dengan lebih 18,600 keluarga dilaporkan terkesan.

    Ribuan keluarga, “kehilangan tempat berteduh, mengalami kerosakan harta benda, atau sekali lagi terpaksa berpindah,” kata agensi itu.

    “Dengan musim sejuk semakin hampir, rakan pelaksana dalam sektor perlindungan memberi amaran bahawa jumlah barangan yang memasuki Gaza masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan mendesak penduduk,” kata OCHA. 

    Sejak September, kurang daripada 60,000 khemah, 346,000 terpal dan 309,000 barangan tempat tidur dibawa masuk ke Gaza, sedangkan ratusan ribu orang amat memerlukan sokongan tempat perlindungan.

    OCHA turut mengulangi gesaannya untuk membenarkan masuk barangan yang kini dihalang daripada memasuki Gaza, termasuk peralatan untuk memulihkan infrastruktur kritikal. Agensi itu juga menegaskan keperluan untuk membenarkan NGO membawa bantuan ke Gaza serta pembukaan lebih banyak lintasan bagi memastikan penghantaran bantuan yang lebih pantas dan berkesan. – Bernama/Anadolu

    Seorang lelaki bersama kanak-kanak atas basikalnya di sepanjang jalan yang rosak di kem Al-Shati di Bandar Gaza pada 18 November. Gaza masih kritikal. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda