KUCHING, 2 Julai – Situasi kes Japanese Encephalitis (JE) di negeri ini dipantau rapi di peringkat Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak lima kes dilaporkan di Sarawak bagi tempoh Januari sehingga 23 Jun lepas dan kesemua kes yang dilaporkan adalah kes sporadik dan tiada wabak JE.
“Masing-masing satu kes dilaporkan di Samarahan, Lawas, Julau, Miri dan Sri Aman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)