Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Situasi penularan virus Thailand bertambah baik

    BANGKOK, 26 FEB – Situasi penularan wabak COVID-19 di Thailand terus bertambah baik dengan jumlah kes harian baharu turun di bawah angka 50 kes buat pertama kalinya, sejak pertengahan Disember tahun lepas.

    Dalam tempoh 24 jam lepas, Thailand merekodkan 45 kes baharu COVID-19 dengan sifar kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan 25,809 dan 83 kematian.

    Dalam kenyataan, Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) berkata daripada 45 kes baharu itu, 37 kes adalah penularan tempatan termasuk 32 kes sedang mendapatkan rawatan di hospital dan lima melalui pengesanan kes aktif.

    Menurut kenyataan itu, sebanyak lapan kes import yang dilaporkan termasuk seorang gadis Thailand berusia enam tahun yang pulang dari United Kingdom. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda