Situasi tenang, tiada kesesakan pada hari gaji

KUCHING, 25 MAC – Masyarakat di bandar raya ini dilihat tenang dan tidak berpusu-pusu untuk mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) walaupun umum mengetahui hari ini adalah hari gaji bagi penjawat awam.

Tinjauan Bernama di beberapa buah bank di sekitar Kuching mendapati orang awam kekal mengamalkan jarakkan sosial ketika beratur untuk mengeluarkan wang sambil dipantau oleh polis bantuan bank berkenaan. Penjawat awam, Muhammad Iqbal Razali, 26, berkata beliau mengutamakan langkah keselamatan  sewaktu keluar dari rumah seperti memakai penutup hidung dan mulut serta menjarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter daripada orang lain. – Bernama