Oleh Nurdiyanah R.
TUTONG, 17 MAC – Sempena kedatangan bulan Ramadan, Kumpulan Belia Ibadurrahman Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong (MHBPT) menganjurkan Siuknya Sedekah 5.0 yang dibukakan kepada orang ramai.
Program amal berkenaan telah mendapat kebenaran daripada Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dan dilaksanakan secara penyerahan sumbangan pandu lalu iaitu bermula hari ini sehingga 19 Mac yang bertempat di MHBPT.
Sehubungan itu, sesiapa sahaja yang berkeinginan bolehlah menghantar sumbangan barangan keperluan asasi seperti minyak masak, gula, garam, biskut, air mineral, kordial dan beras kepada pihak penganjur program berkenaan dari jam 9 pagi hingga 7:30 malam.
