Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sivasangari intai gelaran juara kali kedua

    KUALA LUMPUR, 8 JUN – Pemain skuasy wanita utama Malaysia, S Sivasangari akan menggunakan pengalaman yang beliau ada dalam usaha memenangi gelaran pada Kejohanan Skuasy Kebangsaan yang akan berlangsung dari 8 hingga 12 Julai di Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil.

    Pemain dari Kedah berusia 23 tahun itu, baru-baru ini layak ke separuh akhir kejohanan Antarabangsa El Gouna berkata pengalaman yang diperolehnya menerusi kejohanan antarabangsa peringkat tinggi sebagai pelajar di Universiti Cornell di Amerika Syarikat itu, telah membantunya meningkatkan prestasi permainannya.

    Pemain nombor ke-19 dunia berkata walaupun sekarang ini beliau lebih agresif, beliau masih memerlukan lebih banyak latihan dalam teknik bertahan untuk kejohanan kebangsaan, selepas memenanginya pada edisi 2018.

    “Saya sentiasa memastikan untuk tidak gentar kepada lawan dan sentiasa cuba untuk kekal dalam gelanggang selama mungkin bagi mendapatkan mata. Jadi saya belajar dan meningkat dengan lebih baik menerusi pengalaman kejohanan antarabangsa tersebut.

    “Kali ini pada kejohanan kebangsaan, saya ialah pilihan pertama, manakala Aifa Azman dan Rachel Arnold kedua dan ketiga, selain ramai pemain muda lain. Kami adalah kawan baik, tetapi ia suatu yang berbeza di dalam gelanggang, dan tentunya saya mahu menang gelaran tersebut dan sebab itulah saya perlu benar-benar fokus dan berikan yang terbaik,” katanya pada sidang media di sini.

    Selepas memenangi gelaran itu pada 2018, Sivasangari terkeluar pada separuh akhir selepas tewas kepada Rachel pada 2019, manakala pada edisi 2020 beliau tunduk kepada Low Wee Wern pada perlawanan akhir. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda