Friday, May 9, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siwan jalani latihan ketenteraan mulai Jun depan

    AKTOR Siwan akan berehat daripada kerjaya lakonannya buat sementara selepas dikhabarkan akan menjalani latihan kententeraan tidak lama lagi.

    Pelakon dan anggota kumpulan ZE:A yang berusia 28 tahun itu akan melaksanakan tanggungjawab kepada negaranya bermula Jun depan.

    Siwan dikatakan kini sibuk menghabiskan projek drama terakhirnya The King Loves yang bakal ditayangkan pada 29 Mac ini.

    “Siwan akan menjalani tugas ketenteraannya pada Jun ini. Dia akan mula bersiap selepas drama terakhirnya The King Loves. Beliau akan ditempatkan di tempat latihan tentera di Nonsan Korea Selatan,” ujar sumber.

    Namun hingga kini, pihak pengurusan artis ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkara ini.

    Siwan akan berehat daripada kerjaya lakonannya buat sementara selepas dikhabarkan akan menjalani latihan kententeraan Jun depan.
    Siwan akan berehat daripada kerjaya lakonannya buat sementara selepas dikhabarkan akan menjalani latihan kententeraan Jun depan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda