NEW YORK, 12 NOV – Tyrese Maxey dan Justin Edwards memimpin Philadelphia 76ers menewaskan Boston Celtics 102-100 kelmarin, manakala juara bertahan Oklahoma City Thunder melanjutkan rekod terbaik NBA mereka kepada 11-1.
Maxey, penjaring nombor dua NBA musim ini, menjaringkan 21 mata manakala Edwards yang masuk dari bangku simpanan menyumbang 22 mata.
Namun jaringan Kelly Oubre yang melantun dengan perlawanan berbaki 8.7 saat adalah satu-satunya kesilapan malam itu di mana Edwards telah memanfaatkannya dengan mata kemenangan.
“Sangat sengit. Dia berusaha keras di gelanggang,” kata Maxey mengenai jaringan Oubre.
“Kami mendapati Edwards membuat penampilan yang baik dengan rebound untuk menambah mata.”
Derrick White dari Celtics terlepas kutipan mata menghampiri masa penamat sementara Sixers (7-4) melebarkan rekod kepada 2-1 ke atas Celtics tahun ini, perlawanan diputuskan dengan empat jaringan mata.
“Begitulah keadaannya,” kata Maxey. “Kami telah bermain menentang mereka 100 kali, rasanya sejak saya berada di NBA. Mereka tahu apa yang akan kami lakukan dan kami tahu apa yang akan mereka lakukan,” tambahnya.
Maxey berkata memenangi perlawanan yang sengit bergantung kepada perkara-perkara mudah. “Berdaya tahan. Kami saling mempercayai,” katanya. “Berusaha bermain dan bertahan dengan baik pada suku keempat,” ujarnya. – AFP


