Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sixers benam Raptors

    LOS ANGELES, 30 April – Jimmy Butler menjaringkan 30 mata ketika pasukan Philadelphia 76ers menukar kedudukan ke atas Raptors di Toronto semalam dengan kemenangan 94-98 yang mengikat persaingan siri playoff NBA mereka pada setiap satu perlawanan.

    Pasukan 76ers, diketepikan 108-95 dalam perlawanan siri pusingan kedua Eastern Conference, menghalang usaha kebangkitan suku kedua Raptors, yang mencatatkan kemenangan pertama mereka di Toronto sejak November 2012 untuk beraksi di gelanggang sendiri bagi perlawanan ketiga pada Khamis ini.

    Butler menambah 11 rebounds dan menghasilkan lima asis bagi pasukan Sixers, yang mendahului 51-38 pada suku pertama biarpun 13 turnover pada separuh masa pertama.

    Pasukan Raptors, yang mengekori sehingga 19 mata pada suku pertama, menamatkan defisit kepada 61-60 lewat suku ketiga.

    Tetapi mereka terlepas enam daripada tujuh lontaran pertama mereka pada tempoh akhir dan 76ers bertahan untuk mencatatkan kemenangan.

    Jimmy Butler (23) dan Greg Monroe ( 55) dari Philadelphia 76ers cuba menahan Pascal Siakam (43) dari Toronto Raptors menjaringkan bola semasa perlawanan mereka di Scotiabank Arena pada 29 April lalu di Toronto, Kanada. – AFP

    Butler menjaringkan 12 dari 30 mata pada suku keempat. Ia melibatkan three pointer, satu asis dari pemain tengah Joel Embiid yang meletakkan Sixers sehingga 88-81 dengan perlawanan berbaki 2:14.

    “Pasukan saya memberikan kepercayaan kepada saya malam ini,” kata Butler, yang menjaringkan hanya 10 mata dalam perlawanan pertama. “Saya memberitahu mereka saya perlu keluar dan menebus diri saya.

    “Lebih dari segalanya kami kembali bersaing, kami bertahan,” tambah Butler, yang berkata pertahanan adalah kunci untuk melangkah ke depan dalam siri itu.

    “Apabila kami membiarkan pertahanan kami mengukuhkan serangan, kami adalah sebuah pasukan yang hebat,” katanya. “Kami tidak akan membiarkannya dengan cara lain.”

    Jurulatih pasukan Sixers, Brett Brown memuji Butler sebagai pasukan ‘rock.’–AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda