Saturday, October 5, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    SJKC Chung Hua juarai pertandingan robotik

    MUKAH, 5 JULAI – Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua di Balingian muncul juara pertandingan Robotic Programming Challenge 2024 (VersaPi) yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Duan di Mukah, Sarawak, baru-baru ini.

    Pertandingan anjuran Sarawak Energy dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Mukah itu menarik penyertaan daripada 20 sekolah rendah dari seluruh Mukah.

    Selain mempamerkan kreativiti, kemahiran teknikal dan kerja berpasukan pelajar berumur sembilan hingga 12 tahun, pertandingan itu turut menguji kemahiran pengaturcaraan dan penyelesaian masalah melalui beberapa siri aktiviti robotik.

    Terdiri dua bahagian pertandingan itu antara lain mengetengahkan pameran video inovasi mengenai keupayaan dan kreativiti peserta serta guru dalam memasang Kit Robot VersaPi dan cabaran fizikal pengekodan serta tugasan jejak seperti Bottle Knockdown dan 360 Movement.

    Tempat kedua diraih SK Sungai Duan dan tempat ketiga menjadi milik SK Mukah, manakala SK Datuk Awang Udin dan SK Bukit Inkerbai masing-masing menduduki tangga keempat dan kelima.

    Robotic Programming Challenge 2024 menawarkan golongan muda mengenai platform dinamik untuk pembelajaran secara langsung dan menggunakan pengetahuan teori kepada senario praktikal selain menonjolkan kepentingan perkongsian industri-pendidikan dalam meningkatkan hasil pendidikan serta menyediakan pelajar untuk tenaga kerja moden. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda