Thursday, January 23, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Skala industri pembuatan China kekal kedudukan teratas dunia selama 15 tahun

    BEIJING, 22 JAN – Skala industri pembuatan China kekal menduduki tangga teratas di dunia selama 15 tahun berturut-turut, menyaksikan nilai tambah industri berskala besar bagi 2024 menokok 5.8 peratus tahun ke tahun, iaitu 1.2 mata peratusan lebih tinggi berbanding 2023.

    Angka itu disiarkan menerusi sidang media mengenai ‘prestasi pertumbuhan ekonomi berkualiti tinggi di China’ anjuran Pejabat Penerangan Dewan Negara, kelmarin.

    Menurut data statistik, sektor industri dan teknologi maklumat berperanan sebagai pemangkin dengan kadar sumbangannya terhadap pertumbuhan ekonomi mencecah 40 peratus.

    Pada 2024, terdapat 39 daripada 41 kategori utama dalam sektor perindustrian mengekalkan momentum peningkatannya, antaranya termasuk industri elektronik, logam bukan ferus, industri kimia dan automobil menyumbang 40 peratus kepada pertumbuhan pengeluaran industri.

    Bagi tempoh sama, nilai tambah industri pembuatan peralatan berskala besar meningkat 7.7 peratus, dengan kadar sumbangan sebanyak 46.2 peratus kepada pertumbuhan semua industri berskala besar. – Bernama

    Gambar Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda